KWSP Anda





PERSOALAN: Ini Adalah Situasi Sekarang, 2020an? 2030an?…. 2050an?








Isu 1








Isu 2















Isu 3








Isu 4














PERSOALANNYA; ANDAKAH ANDA TELAH MEMBUAT PERSEDIAAN YANG RAPI BAGI MENYEDIAKAN RM 1.4 JUTA SEMASA PERSARAAN ANDA...

KAMI AKAN MEMBANTU ANDA.....


TAPI, BAGAIMANA???








KETERANGAN:



PINDAHKAN SEBAHAGIAN WANG ANDA KE DANA IPD YANG DILULUSKAN OLEH KWSP DAN BNM.. LAGIPUN KLU SIMPAN JE DALAM AKAUN1 TU BUKANNYA BOLEH BUAT PENGELUARAN,.. SO BEKU CAMTU JER... JADI PINDAHKAN JER BAGI MENJANA RM 1.4 MILLION PERTAMA ANDA....









Pelaburan Unit amanah Melalui pelaburan secara tunai


- Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.

Pembayaran adalah melalui bank yang biasanya menyediakan

kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.

- Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.

- Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat

simpanan bulanan (min ialah RM100)


Pelaburan Unit Amanah melalui pengeluaran simpanan ahli KWSP:

Apa itu Skim Pelaburan Simpanan Ahli KWSP


•Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

•Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai IPD yang diluluskan.


Sejarah Kewujudan Skim Pelaburan Ahli KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli pada bulan November 1996 sebagai respon terhadap saranan supaya ahli diberi pilihan untuk melaburkan simpanan mereka. Laporan akhbar menyatakan sebilangan besar ahli yang bersara telah menghabiskan simpanan mereka untuk kehidupan selepas bersara dalam masa 3 tahun sahaja.Dengan adanya skim pelaburan ahli ini, ahli dapat menambah simpanan persaraan mereka sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan oleh KWSP. Ahli yang berkelayakan diberikan pilihan untuk membuat pelaburan dalam dana amanah atau syarikat pengurusan aset yang telah dilantik oleh Panel Pelaburan KWSP


Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi

RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian

daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.


Definasi Simpanan asas.

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.


Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:

i . Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah

skim pegeluaran pelaburan ahli tidak melebihi 20% daripada jumlah

simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.

ii . Pengeluaran untuk pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali

dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.


Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.


CONTOH PENGIRAAN KELAYAKAN



ASAS (RM) PENGIRAAN: SIMPANAN AKAUN 1 – SIMPANAN ASAS X 20%


KELAYAKAN:


AHLI A:    22 thn RM4,000 – RM5,000 x 20% – AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.

SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG

DARIPADA SIMPANAN ASAS


AHLI B:     22 thn RM8,000 – RM5,000 x 20%

= RM600 AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.

AMAUN KELAYAKAN MINIMUM

KURANG RM1,000


AHLI C: 25 thn RM20,000 – RM9,000 x 20%

= RM2,200 AHLI LAYAK MEMOHON.

AMAUN KELAYAKAN MINIMUM

RM1,000 DAN MAKSIMUM

RM2,200


AHLI D: 40 thn RM40,000 – RM44,000 x 20%

_

AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.

SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG

DARIPADA SIMPANAN ASAS


AHLI E: 45 thn RM100,000 – RM64,000 x 20%

= RM7,200

AHLI LAYAK MEMOHON.

AMAUN KELAYAKAN MINUMUM

RM1,000 DAN MAKSIMUM

RM7,200


Maklumat tambahan untuk Pelaburan melalui KWSP.

i) Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) . Sila klik pautan berikut untuk muat turun borang. Borang ini juga boleh diperolehi daripada IPD yang diluluskan atau agen sah yang dilantik IPD.

ii) Kad Pengenalan Awam/ Kad Pengenalan Malaysia (Mykad)/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR);

ATAU

Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no.Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama;

ATAU

Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum Ogos 1998.


(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU).


Kaedah Bayaran

KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan anda secara terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh permohonan diterima.


Cara Permohonan Dihantar


• Permohonan perlu dihantar melalui mana-mana IPD yang dipilih dengan mengemukakan dokumen yang ditetapkan.

• Pihak IPD akan mengemukakan permohonan anda kepada KWSP untuk diproses.

• Anda dinasihatkan untuk melengkapkan satu borang permohonan sahaja bagi setiap pengeluaran yang dibuat. Pemindahan amaun pelaburan ini adalah tanggungjawab anda dan pembatalan pengeluaran selepas kelulusan diberikan adalah tidak dibenarkan.


Klik di sini untuk soalan lazim mengenai Skim Pelaburan Ahli KWSP.



Mengapa Melabur Dalam Unit Amanah?


13FEB


Unit amanah merupakan satu jenis pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang bersama-sama bagi dilaburkan oleh pengurus dana professional dalam satu portfolio sekuriti.
Pengurusan Dana Yang Professional


Unit amanah diuruskan oleh pengurus dana professional yang diluluskan, yang memastikan bahawa pembuatan keputusan adalah berstruktur dan berdasarkan prinsip pelaburan yang bijak.
Kepelbagaian


Unit amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan (ketidakstabilan).
Pertumbuhan Modal / Aliran Pendapatan


Unit amanah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan anda.
Kecairan


Unit amanah membenarkan anda membeli dan mejual pelaburan anda dengan senang dan dengan pergelutan minimum. Para pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10 hari. Bagi ahli-ahli prioriti kami iaitu MG dan MGE, hasil penebusan akan diterima dalam tempoh 2 hari niaga.
Kemudahan & Kemampuan


Anda boleh memulakan pelaburan dengan hanya RM1’000 dan pelaburan tambahan minimum sebanyak RM100.
Pendedahan Pelaburan


Unit amanah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dan menikmati pendedahan kepada kelas-kelas aset dan/atau negara-negara yang berlainan.
Pengawalan


Unit amanah adalah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk melindungi kepentingan para pelabur. (Rujuk artikel berkaitan di sini).
Manfaat Pulangan Berganda


Unit amanah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan. (Rujuk artikel berkaitan di sini).



COMPOUND INTEREST




06FEB

APAKAH DIMAKSUDKAN DENGAN COMPOUND INTEREST?


Compound interest ialah pelaburan semula keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan, bersama jumlah asal yg telah dilaburkan (Principal Investment). Dengan kata yang lebih mudah difahami, anda tidak melakukan sebarang pengeluaran keuntungan daripada pelaburan anda (saban tahun), dan membiarkannya untuk dilaburkan kembali bersama jumlah asal permulaan pelaburan anda. Ini akan membuat pelaburan anda menghasilkan pulangan pelaburan yang lebih tinggi.

CONTOH:


Jika anda labur RM10’000 sekarang dengan pulangan 10%, anda akan dapat RM11’000 dalam masa setahun ($10’000 x 1.10). Dijangkakan anda tidak mengeluarkan keuntungan tersebut iaitu RM1’000, dan biarkan untuk setahun lagi. Maka pulangan pelaburan anda berkembang pada akhir tahun ke-2 kepada RM12’100 (RM11’000 x 1.10). Sama seperti pada akhir tahun ke-3 kepada RM13’310 (RM12’100 x 1.10), dan seterusnya.


Bayangkan jumlah pelaburan anda dalam masa 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun, dan mahupun sehingga 30 tahun. Dengan hanya menyimpan duit di Unit Trust, tak perlu membanting tulang, duit anda berganda dengan sendirinya.


Saksikan pautan video berikut untuk maklumat tambahan:

KLICK DI SINI  UNTUK PAPARAN VIDEO



Introduction to compound interest (sumber dari Youtube).


Jadi apa yang anda tunggu lagi? Mulakan pelaburan anda dari sekarang bersama saya, untuk menikmati keajaiban Compound Interest ini.




MAKLUMAT UMUM AKAUN SIMPANAN EPF @ KWSP





Akaun Simpanan KWSP Anda



Akaun KWSP anda adalah merupakan caruman bulanan anda dan daripada majikan anda yang dikreditkan.


Berkuatkuasa dari 1 Januari 2007, akaun ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Akaun I dan Akaun II. Caruman yang diterima bagi pihak anda daripada majikan anda akan dikredit ke dalam kedua-dua akaun tersebut berdasarkan peratusan yang berikut:


Akaun I - 70% daripada caruman bulanan;
Akaun II - 30% daripada caruman bulanan.


Akaun-akaun ini diwujudkan untuk perbagai tujuan, dan terdapat beberapa jenis pengeluaran yang berkaitan dengan setiap akaun:


Akaun I


Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan pelaburan anda sahaja, dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum anda mencecah usia 55 tahun, hilang upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia (pembayaran akan dibuat kepada penama / waris).


Anda dibenarkan untuk melabur sebahagian daripada simpanan ini di atas kerelaan anda sendiri.



Akaun II


Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk membantu anda membuat persediaan bagi persaraan yang selesa. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:



mencecah umur 50 tahun;
pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama;
penyelesaian baki pinjaman perumahan – rumah pertama;
pembiayaan pendidikan anda dan anak-anak anda;
menampung kos perubatan bagi anda dan anak-anak anda



KWSP tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan bagi pengeluaran dari mana-mana akaun tersebut bagi tujuan selain daripada yang dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991; Peraturan dan Undang-undang KWSP 1991; dan Surat Pekeliling dan Tatacara KWSP.




PELABURAN MELALUI EPF @ KWSP




TUJUAN


Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 (dengan kebenaran dari KWSP) untuk membuat pelaburan di dalam unit trust bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
SIMPANAN ASAS


Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.




KELAYAKAN MEMOHON

Warganegara Malaysia; ATAU
Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
Bukan warganegara Malaysia yang ;
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.


KEKERAPAN PELABURAN


Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1. Ahli tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
PENGEMBALIAN WANG PELABURAN


Ahli hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.

DOKUMEN DIPERLUKAN 

Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
Kad Pengenalan Diri
Mykad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR); ATAU
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad); ATAU
Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.

CARA MEMBUAT PELABURAN


Saya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang bertauliah akan memberi penerangan dan menjawab segala persoalan anda tentang pelaburan di dalam unit trust ini (prosedur yang dibenarkan).
Saya akan memberi borang pelaburan (samada secara pos @ semasa perjumpaan secara face to face) beserta kod ejen saya.
Anda pos kembali borang kepada saya atau Anda submitkan borang pelaburan sendiri di PB / PM yang berhampiran.
Pelaburan anda akan diproses dan anda akan menerima statement rasmi dari PM dalam tempoh 2-3 minggu.





SEBARANG PERTANYAAN DAN UNTUK TEMUJANJI 

SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN 

019-9876503 ( EN SUHAIMI )

















1 comment: